Permohonan untuk Program Biasiswa Sarjana Muda PIDM kini ditutup.
Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, hantarkan pertanyaan anda ke [email protected] atau hubungi Puan Verrene Chia di talian 03-2303 0467 atau Encik Zulkefli Mohamed Noor di talian 03-2303 0687.
Secara ringkasnya, program ini akan membiayai yuran dan elaun di atas sehingga maksimum RM30,000 setahun bagi setiap individu. Semasa tempoh latihan industri dengan PIDM, setiap penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM1,000.
Biasiswa ini ditawarkan setiap tahun kepada maksimum 20 pemohon yang berjaya, untuk mengikuti pengajian ijazah sarjana muda sehingga empat tahun di institusi tempatan.
Biasiswa ini terbuka kepada semua penuntut warganegara Malaysia yang memerlukan pembiayaan. Para penuntut yang telah memulakan pengajian ijazah sarjana muda juga layak untuk memohon sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya pemohon memenuhi kriteria kelayakan; bidang pengajian khusus serta senarai kolej dan universiti adalah seperti yang diluluskan oleh PIDM.
Terma dan syarat program biasiswa boleh diubah oleh PIDM mengikut budi bicara mutlaknya dari semasa ke semasa tanpa notis. Sebarang penganugerahan biasiswa adalah mengikut budi bicara PIDM. Rayuan tidak akan diterima.
Senarai prasyarat merangkumi:
Keutamaan akan diberikan kepada kursus-kursus yang berkaitan dengan kemahiran digital seperti sains komputer, teknologi maklumat, analisis data, pendigitalan, kecerdasan buatan, reka bentuk teknologi, pengatucaraan, keselamatan siber dan kursus-kursus lain yang berkaitan.
Bidang-bidang pengajian lain seperti pengurusan risiko, sains aktuari, perbankan & kewangan, statistik, ekonomi, perakaunan dan kelestarian juga akan dipertimbangkan.
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA
TIDAK, Biasiswa PIDM hanya untuk pelajar yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Ya. Sila lengkapkan subjek semester terkini atau terakhir (sekiranya terlalu banyak subjek untuk disenaraikan) di dalam borang bersama dengan gred PNG dan PNGK terakhir.
Sila isikan nama Ijazah Sarjana Muda yang sedang diikuti dan senaraikan nama Universiti. Untuk gred, sila isikan sebagai “N/A” (sekiranya anda masih belum lagi memperolehi gred).
Ya, anda boleh menghantar permohonan tanpa surat tawaran; jika berjaya dalam permohonan biasiswa, anda perlu mengemukakan butiran tersebut. Universiti dan bidang pengajian mestilah diluluskan oleh PIDM.
Ya, dengan syarat anda menerima surat tawaran kemasukan daripada universiti dan bidang pengajian yang diluluskan oleh PIDM sebelum Ogos pada tahun yang sama. Majlis penyampaian biasiswa PIDM akan diadakan pada bulan Ogos.
Ya, anda boleh memohon; tetapi jika berjaya dan menerima biasiswa PIDM, anda perlu menamatkan pinjaman PTPTN anda. Sebarang pinjaman yang telah diambil sebelum ini kekal menjadi tanggungjawab peribadi anda.
Anda perlu menyediakan dokumen bukti lain (seperti surat berkaitan bantuan kewangan daripada Kerajaan, sumbangan zakat, baucar tunai, borang cukai pendapatan, dll.) dan memuat naiknya pada ruangan “slip gaji”.