Whistleblowing

Bagaimana untuk mendedahkan maklumat berkenaan salah laku di tempat kerja kepada Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan/atau apa-apa salah laku yang menjadi suatu kesalahan di bawah Akta PIDM 2011

LANGKAH 1

Kepada siapa aduan anda boleh diserahkan?

1
  1. Pengerusi Lembaga Pengarah; atau
  2. Kaunsel Am, sekiranya pendedahan tersebut tidak berkaitan dengan Pengerusi Lembaga Pengarah atau Kaunsel Am.
2
  1. Pengerusi Lembaga Pengarah; atau
  2. Ketua Pegawai Eksekutif, sekiranya pendedahan tersebut berkaitan dengan Kaunsel Am.
3
  1. Pengerusi Jawatankuasa Audit, sekiranya pendedahan tersebut berkaitan dengan Pengerusi Lembaga Pengarah.

LANGKAH 2

Bagaimana untuk menyerahkan aduan anda?

SECARA BERTULIS - SURAT MENYURAT

  • Berikan butiran anda
  • Lampirkan dokumen yang berkaitan
  • Masukkan ke dalam sampul surat dan tutup rapi dengan perkataan "Sulit. Untuk dibuka oleh Penerima yang dinyatakan sahaja" pada bucu kiri di bahagian atas sampul surat
  • Nyatakan nama Pegawai Diberi Kuasa yang anda ingin serahkan aduan tersebut. Rujuk kepada "Langkah 1: Kepada siapakah aduan anda boleh diserahkan?" untuk maklumat lanjut
  • Alamatkan atau hantar ke: Aras 9, Bangunan AICB, 10, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur

SECARA BERTULIS - MENGGUNAKAN BORANG PIDM

  • Cetak Borang Pendedahan Maklumat Berkenaan Salah Laku daripada laman sesawang PIDM
  • Lengkapkan borang tersebut
  • Lampirkan dokumen yang berkenaan
  • Masukkan ke dalam sampul surat dan ditutup rapi dengan perkataan "Sulit. Untuk dibuka oleh Penerima yang dinyatakan sahaja" pada bucu kiri di bahagian atas sampul surat
  • Nyatakan nama Pegawai Diberi Kuasa yang anda ingin serahkan aduan tersebut. Rujuk kepada "Langkah 1: Kepada siapakah aduan anda boleh diserahkan?" untuk maklumat lanjut
  • Alamatkan atau hantar ke: Aras 9, Bangunan AICB, 10, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur

SECARA LISAN

  • Hubungi PIDM di 03-2173 7436
  • Maklumkan kepada penyambut tetamu yang anda ingin membuat aduan mengikut Polisi Pendedahan Maklumat Berkenaan Salah Laku PIDM di Tempat Kerja
  • Berikan butiran anda
  • Maklumkan kepada penyambut, Pegawai Diberi Kuasa yang ingin anda hubungi bagi membuat aduan tersebut
  • Pegawai berkaitan daripada PIDM akan menghubungi anda