NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“PIDM”, “kita”, “kami”) adalah komited untuk memastikan bahawa pemprosesan data peribadi oleh PIDM mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”). Notis ini dikeluarkan selaras dengan PDPA (“Notis Privasi”). Untuk tujuan Notis Privasi ini, istilah "Data Peribadi" dan "pemprosesan" mempunyai makna yang sama seperti yang ditetapkan dalam PDPA.
1. Data Peribadi
1.1 Jenis Data Peribadi
Dalam mana-mana urusniaga PIDM dengan anda, PIDM mungkin mengumpul, menggunakan, menzahirkan dan/atau memproses Data Peribadi anda yang mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
1.2 Sumber Data Peribadi
PIDM mengumpul Data Peribadi anda melalui beberapa kaedah termasuk:
2. Maksud pengumpulan dan pemprosesan (termasuk penzahiran) Maklumat Peribadi anda
Data Peribadi mungkin diproseskan, dikumpulkan dan digunakan untuk maksud-maksud berikut (“Maksud-maksud”):
3. Akibat kegagalan memberi Data Peribadi
Data Peribadi yang diberikan kepada kami mungkin diwajibkan (seperti yang mungkin dinyatakan oleh kami, antara lain, dalam borang) atau sukarela bergantung kepada Maksud-maksud Data Peribadi tersebut dikumpulkan. Kegagalan memberi Data Peribadi yang diwajibkan boleh menjejaskan keupayaan PIDM untuk melaksanakan Maksud-maksud seperti yang dinyatakan dalam peranggan 2.
4. Akses kepada atau pembetulan Data Peribadi dan penarikan balik persetujuan
Anda mempunyai hak untuk, setelah membayar fi yang ditetapkan (jika ada), memohon akses kepada dan pembetulan Data Peribadi anda yang dipegang oleh kami untuk memastikan ia tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Sekiranya anda ingin melaksanakan hak tersebut untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda, sila lengkapkan “Borang Permohonan Data Peribadi” yang boleh didapati di laman “Hubungi Kami” dan emelkan borang lengkap kepada [email protected].
Kami berhak untuk enggan mematuhi permintaan akses data atau permintaan pembetulan data anda dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan kepada anda tentang keengganan kami dan sebab-sebab bagi keengganan kami.
Anda juga boleh (i) meminta kami untuk mengehadkan pemprosesan Data Peribadi anda atau meminta kami memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda bagi maksud pemasaran langsung seperti memaklumkan anda tentang Acara kami, (ii) menarik balik persetujuan atau mengehadkan maksud dan kaedah kami memproses Data Peribadi anda dan Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak lain yang mungkin dikenal pasti daripada Data Peribadi anda, tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang terpakai, syarat kontrak, dan tempoh masa yang munasabah untuk pelaksanaan penarikan balik persetujuan, dengan memberikan kami notis bertulis. Sekiranya anda menarik balik persetujuan atau mengehadkan maksud dan kaedah kami memproses Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat meneruskan berurus dengan anda dan/atau mungkin menyebabkan kami tidak dapat memproses Data Peribadi anda untuk mana-mana Maksud-maksud.
Sekiranya anda ingin menarik balik persetujuan anda untuk kami memproses Data Peribadi anda, sila lengkapkan “Borang Penarikan Balik Persetujuan” yang boleh didapati di laman “Hubungi Kami” dan emelkan borang lengkap kepada [email protected].
Anda boleh menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Data Peribadi
Anda melalui kaedah di bawah:
U/P: | Ketua, Jabatan Perundangan |
No Tel: | 03-21737436 |
No Faks: | 03-21737527 |
Alamat Emel: |
Sila ambil perhatian bahawa walaupun dengan penarikan balik persetujuan anda, kami masih boleh memproses Data Peribadi anda di bawah keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang.
5. Penzahiran Data Peribadi (dalam atau luar Malaysia)
Data Peribadi yang dipegang oleh kami adalah sulit. Bagaimanapun, apabila kami memproses Data Peribadi anda untuk mana-mana Maksud-maksud dalam perenggan 2, kami mungkin menzahirkan Data Peribadi kepada orang berikut yang termasuk tetapi tidak terhad kepada:
6. Pemindahan Data Peribadi ke tempat di luar Malaysia
Bila dan apabila diperlukan oleh kami, kami mungkin memindahkan data peribadi anda ke tempat di luar Malaysia bagi maksud sepertimana yang diperlukan untuk mandat, perniagaan, tujuan, atau pematuhan undang-undang atau kontrak kami. Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda secara nyata bersetuju dengan sebarang pemindahan Data Peribadi anda ke tempat di luar Malaysia oleh kami.
7. Pindaan kepada Notis Privasi
Kami akan menyemak dan mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa supaya selaras dengan mana-mana pindaan dalam operasi atau undang-undang atau peraturan-peraturan. Anda dinasihatkan supaya mendapat Notis Privasi yang terkini dengan menghubungi kami atau melawati laman web kami untuk memastikan anda membiasakan diri dengan notis terkini kami. Dengan meneruskan komunikasi dan urusniaga dengan kami selepas penyampaian Notis Privasi kami yang terkini, anda dianggap sebagai telah menerima dan bersetuju dengan semakan semula serta pengemaskinian yang terkandung dalamnya.
8. Data Peribadi pihak ketiga
Sekiranya anda perlu memberikan atau mungkin telah memberikan Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga, anda dengan ini mengesahkan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis Privasi ini dan bersetuju untuk kami memproses Data Peribadinya untuk mana-mana Maksud-maksud sebelum memberikan Data Peribadinya kepada kami. Apabila orang lain memberikan/menyerahkan mana-mana Data Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju bahawa anda telah membenarkan penzahiran Data Peribadi anda kepada kami dan bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami selaras dengan Notis Privasi ini.
9. Persetujuan anda
Sila ambil perhatian bahawa dengan memberi Data Peribadi anda kepada kami, anda dengan ini bersetuju dan secara nyata membenarkan kami untuk memproses atau meneruskan pemprosesan Data Peribadi anda selaras dengan terma-terma Notis Privasi ini.
10. Bahasa
Notis Privasi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
Terakhir dikemas kini: 20 Mac 2023